SEMINAR ICT SEKTOR AWAM NEGERI WILAYAH PEDALAMAN ATAS

Tarikh: 2022-09-14

SEMINAR ICT SEKTOR AWAM NEGERI WILAYAH PEDALAMAN ATAS betemakan "INOVASI DIGITAL MEMPERKASA SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM" yang dirasmikan oleh YB DATUK YAKUB KHAN Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Seminar ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai dengan kepentingan mengoptimumkan perkembangan teknologi ICT yang pesat bagi membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan menjayakan inisiatif Kerajaan memaju ekonomi digital negara; Mengembangkan budaya pembelajaran berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dan inovasi digital yang diperkenalkan dan; Menyediakan medan pertemuan kepada penjawat awam di peringkat daerah/wilayah untuk perbincangan dan mewujudkan kerjasama strategik sesama agensi dalam aspek peningkatan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital.